soalan lazim
hubungi kami
aduan dan maklum balas
peta laman

Selamat Datang ke Laman Soalan Lazim

Soalan Lazim (FAQ) Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2022 : Penambahbaikan Pengurusan Aduan Awam
TAKRIF DAN SKOP PEMANTAUAN BIRO PENGADUAN AWAM (BPA)

1.     Apakah ciri-ciri aduan bersifat salah tadbiran (maladministration)?

Jawapan:   

Ciri-ciri aduan bersifat salah tadbiran (maladministration) adalah ketidakpatuhan terhadap:

 (i)   garis panduan;

(ii)   prosedur operasi standard; dan

(iii)  melanggar mana-mana undang-undang yang memberi kuasa kepada agensi awam.

Contoh kes aduan salah tadbiran (maladministration): 

(i)       Kaunter perkhidmatan tutup awal daripada masa operasi yang dinyatakan.

(ii)      Permohonan tidak diproses dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

(iii)     Tiada tindakan penguatkuasaan bagi kenderaan parkir di tepi jalan.

 

2.    Adakah BPA menguruskan kes tatatertib pegawai awam?

Jawapan:   

Tidak. Kes tatatertib pegawai awam diuruskan oleh Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam yang berkaitan berdasarkan  Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

    

 3.    Adakah BPA menguruskan kes berkaitan ketidakpuasan hati mengenai pemarkahan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dan urusan kenaikan pangkat.

Jawapan:   

Tidak. LNPT diuruskan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) Agensi. Pegawai perlu merujuk perkara tersebut kepada PPSM agensi masing-masing. Manakala, bagi urusan kenaikan pangkat diuruskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Ketua Perkhidmatan pegawai tersebut.

 

4.    Adakah aduan terhadap pihak swasta diterima oleh BPA?

Jawapan:   

Tidak. 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Biro Pengaduan Awam tidak bertanggungjawab diatas segala kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Paparan optimum menggunakan Internet Explorer 9+, Firefox 20+ atau Chrome 24+ dengan resolusi minimum 1280x800
Pautan Luar
Capaian
Jumlah Pelawat

Daily 69

Yesterday 45

Weekly 411

Monthly 1215

Total 12586

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Harian

Semalam

Mingguan
 
Bulanan

Keseluruhan