_large.jpg)
Bengkel Kajian Keperluan SISPAA 2.0 Bersama Unit Aduan 1 dan Unit Aduan 4 BPA
02/03/2022 - 03/03/2022
Bengkel Kajian Keperluan SISPAA 2.0 anjuran Biro Pengaduan Awam
Bengkel kajian keperluan pengguna ini adalah sebahagian daripada proses Fasa Kajian Keperluan Pengguna, Analisa dan Rekabentuk SISPAA 2.0.
Tujuan bengkel ini adalah untuk mendapatkan maklumat keperluan pengguna SISPAA 2.0 yang melibatkan kementerian seperti berikut;
- Kementerian Kerja Raya
- Kementerian Kesihatan Malaysia
- Kementerian Pendidikan Malaysia
- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
- Kementerian Perusahan Perladangan dan Komoditi
- Kementerian Sumber Manusia
- Kementerian Luar Negeri
- Kementerian Pengajian Tinggi: dan
- Agensi-agensi bawah kementerian di atas
Peserta dalam bengkel ini terdiri daripada wakil-wakil yang telah dihantar oleh pihak Kementerian/Jabatan/ Agensi. Dapatan dan informasi daripada bengkel ini telah digunakan untuk menyediakan dokumen BRS dan SRS SISPAA 2.0. Selain daripada itu, bengkel ini juga medium untuk mendapatkan maklum balas berhubung penggunaan SISPAA 1.0 seperti kaedah pelaksanaan di peringkat Kementerian/Agensi/Jabatan.
Bengkel ini telah diadakan pada 21hb Februari sehingga 6hb April 2022. BPA mengucapkan terima kasih dan perhargaan kepada Kementerian/Jabatan/Agensi yang terlibat atas sumbangan idea serta input kepada kajian keperluan SISPAA 2.0.
.